KATA ALUAN

Assalamualaikum WBT

Blog ini bertujuan memberi maklumat semasa kepada pengguna dan penggunjung Perpustakaan Desa Taman Kemajuan khasnya dan masyarakat setempat berkaitan fungsi dan kewujudan Perpustakaan Desa (PD) di dalam Perumahan Taman Kemajuan.
Melayari blog ini, pengguna dapat mengetahui tentang profail perpustakaan (Latar Belakang penubuhan Perpustakaan), Carta Organisasi PD dan Jawatankuasa Perpustakaan, Waktu Perkhidmatan Perpustakaan, Aktiviti semasa PD, Tempat-tempat menarik di sekitar Taman Kemajuan dan juga Profail Taman.
Blog ini, dibangunkan dengan harapan dapat menghebahkan maklumat berkaitan Perpustakaan Desa Taman Kemajuan kepada masyarakat setempat. Disamping dengan melayari blog ini, pengguna dapat melihat senarai aktiviti yang telah dijalankan setiap bulan mengikut sasaran pengguna. Selain itu, blog ini juga memberi hebahan dan makluman berkaitan aktiviti yang akan diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hal ini memberi peuang kepada pengguna yang berminat dapat menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PD.
Terima kasih

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

No comments:

Post a Comment