ULASAN BUKU




Tajuk: Mengembara : Persediaan sebelum bermusafir
Pengarang : Wan Hassan Wan Ismail
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd
ISBN : 978-967-388-106-2
No Kelas : D 910.202 WHW
Kategori buku :Handbook
Ulasan Buku : Buku ini merupakan buku panduan dan tips berkaitan pengembaraan yang amat istimewa. Menampilkan sebuah buku yang sarat dengan panduan dan tip yang berguna bagi seorang yang mengembara. Selain itu, dapat membimbing pengembara cara menjadi pengembara muslim yang sebenar. Ia juga padat dengan teknikal yang remeh tetapi penting untuk membantu anda bermusafir. Disamping dipenuhi info dan maklumat tambahan daripada Al-Quran dan Hadis.



Tajuk: Insan Agung : kelahiran yang dinanti
Pengarang : Muhammad Ridha Abdullah & Muhammad ‘Imaduddin Abd Latib
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-0392-37-0
No Kelas : D 297.63 MRA
Kategori buku : Agama
Ulasan Buku : Tiada kecemerlangan sebenar yang dapat
dicapai tanpa menyelusuri laluan dan denai syariat Rasulullah  S.A.W. “ Tak kenal, maka tak cinta’. Maka oleh sebab itu,  hayatilah buku‘Insan Agung : kelahiran yang dinanti’ bagi   memenuhi hati dengan cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Semoga buku ini memberi faedah kepada mereka yang amat
menyayangi agama.


Tajuk: Bait-bait kasih
Pengarang : Sasya Zainal
Penerbit : Alaf 21 Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
ISBN : 978-983-124-793-8
No Kelas : D SAS
Kategori buku : fiksyen
Ulasan Buku : Tanpa diduga dari teman sepejabat, perasaan Nellysha dan David bertukar menjadi cinta. Namun agama menjadi penghalang.David tersepit antara keluarga dan kasih.Keluarga dia sayang, Nellysha dia kasih. ‘Oh,hati Tolonglah aku untuk membuat keputusan.’ Dapatkah  Nellysha dan David bersatu, sedangkan di hadapan mereka pelbagai halangan menanti?

Tajuk: Malaysia Best Records (8thed.)
Pengarang :-
Penerbit :Malaysia Book of Records Sdn. Bhd.
ISBN :978-983-99496-9-8
No Kelas : R 030.9595 MAL
Kategori buku :Malaysia Best Records
Ulasan Buku : Menghimpunkan rekod-rekod yang dicapai dalam pelbagai aspek. Memberi sokongan dan galakan untuk setiap pencapaian yang telah dilakukan  dan memberi maklumat kepada pembaca tentang rekod-rekod yang telah dilakar dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat.

Tajuk: Kamus Ilustrasi Kanak-Kanak
Pengarang :John Mc1I Wain
Penerbit :MPH Group Publishing Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-415-074-7
No Kelas : R 499.233317 MACI
Kategori buku :Kamus Bergambar
Ulasan Buku :  Menghimpunkan beribu-ribu catatan semasa, yang definasinya jelas dan gambar-gambarnya penuh bermaklumat serta menyeronokkan, membuatkan Kamus Ilustrasi Kanak-Kanak menjadi bahan rujukan penting bagi para pembaca, penulis, dan minda yang bersifat ingin tahu pada semua peringkat. Huraian yang padat dan contoh penggunaan menerangkan dan menggambarkan segala-galanya dari perkataan abacus ke zoom.Ianya juga membentuk pemahaman bahasa untuk kanak-kanak dan membantu meningkatkan ejaan dan tatabahasa.

Tajuk: Tip belajar tanpa stres
Pengarang : Mohd Razali Kamarudin
Penerbit : PTS Professional  Sdn.Bhd.
ISBN : 978-967-411-090-1
No Kelas : D 371.30281 MRK
Kategori buku :Study skills
Ulasan Buku :Buku ini berkongsi cara bagaimana pelajar boleh mengubah cara berfikir agar lebih positif ketika kita berhadapan dengan masalah. Buku ini mudah difahami, dihayati dan diamalkan oleh semua pelajar.  “Buku ini patut dimiliki oleh semua pelajar”         



Tajuk: Ops! Zulaikha…
Pengarang : Hasrudi Jawawi
Penerbit : Buku Prima Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-0342-94-8
No Kelas : D HAS
Kategori buku : Fiksyen
Ulasan Buku : Zulaikha akhirnya terperangkap diantara kerjaya dan cinta. Dalam satu kes besar, melibatkan dadah yang perlu disiasat, Zulaikha terjebak dalam cinta dua orang lelaki.Kedua-duanya merupakan suspek utama.Sebagai anggota polis yang berpangkat inspektor, dia perlu mengasingkan hal peribadi dan kerja.Tapi soal hati sukar diduga.Hatinya sudah terpaut pada salah seorang suspeknya sendiri.Jadi siapa pilihan Zulaikha?Sama ada Darwish ataupun Qadir?Diantara keduanya, siapa suspek sebenar kes yang disiasat?Atau dia menolak kedua-duanya dan memilih Kamal, rakan setugasnya yang telah menaruh hati kepadanya sejak sekian lama?       


Tajuk: Serlahkan Aura Guru Super
Pengarang :Khuzaimah Sulaiman
Penerbit :PTS Professional Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-369-132-6
No Kelas :D 371.10092 KHU
Kategori buku :Pendidikan
Ulasan Buku : Menjadi guru super bukan satu impian, tetapi satu kewajipan. Para pendidik wajib menjadi guru yang terbaik dalam perjuangan memandaikan anak bangsa.Dalam buku ini, penulis berkongsi cerita, ilmu dan pengalaman beliau mendidik para pelajar dan mentadbir sekolah.Kata-katanya bersulam nasihat, tegurannya lembut dalam ketegasan dan didikannya meresap ke dalam hati.Antaranya adalah Kaizen dan penambahbaikan yang berterusan, Belajar daripada kejayaan orang lain, menawan hati orang atasan dengan prinsip Pemimpin 360 dan anak yang baik mendengar kata.    

Tajuk: Tranformasi pendidikan – pelengkap agenda tranformasi negara
Pengarang :Sidang Pengarang
Penerbit :Navision (M) Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-3252-94-7 (set)
No Kelas : D 320.9595 TRA
Kategori buku :Pendidikan
Ulasan Buku : Dalam buku ini, menerangkan tentang peranan bidang pendidikan dalam menjanakan transformasi negara. Buku ini khusus ditulis bagi memberi maklumat tentang pelbagai usaha dan pendekatan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Antaranya adalah penerangan yang jelas tentang bidang pendidikan yang berperanan sebagai pelengkap agenda transformasi dari segi- sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia, peranan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai ejen transformasi pendidikan. Ia juga turut menjelaskan tentang hala tuju jentera pendidikan demi meningkatkan kemajuan rakyat menjelang Wawasan 2020. 


Tajuk: Catatan Penglipur Lara Sang majistret
Pengarang :Zabidi Mohamed
Penerbit :Galeri Ilmu Sdn.Bhd.
ISBN :978-983-097-374-6
No Kelas : D 347.041092 ZAB
Kategori buku :Perundangan Malaysia
Ulasan Buku :Buku ini bukan sekadar untuk menjadi bahan hiburan kepada pembaca semata-mata, tetapi juga diselitkan dengan info-info dan nasihat berguna untuk dijadikan maklumat dan ikhtibar yang boleh diambil untuk bahan muhasabah diri. Kisah-kisah lucu dalam buku ini mengandungi nilai dakwah dan tarbiah yang dikesampingkan dalam garapan penceritaannya.    
Tajuk: Ensiklopedia Makkah untuk anak-anak
Pengarang :Ummu Ammar
Penerbit :Telaga Biru Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-388-107-9
No Kelas :R 297.352 UMM f
Kategori buku :Ensiklopedia
Ulasan Buku :Rasulullah S.A.W sangat mencintai Kota Makkah ini. Jika Ingin menjadi hamba Allah yang dicintai Allah, sewajarnya kita mencintai apa yang Rasulullah S.A.W. Cintai dan membenci  apa yang Rasullullah S.A.W. benci. Kenapa Rasulullah S.A.W. sangat mencintai Kota ini?Apakah keistimewaannya? Bagaimana pula sejarahnya? Dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kota ini yang mesti kita ketahui.
                      
Tajuk: Padanya ada hikmah
Pengarang :Muhaya Mohamamad Bahruddin Bekri
Penerbit :PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-408-107-2
No Kelas :D 153.8 MUH
Kategori buku :Fiksyen
Ulasan Buku : Buku ini menghimpunkan 35 kisah penuh hikmah, yang terinspirasi daripada pengalaman Prof. Dr. Muhaya sepanjang meniti perjalanan hari-harinya. Kisah-Kisah di dalam buku ini, ditulis berdasarkan temu bual dan rakaman daripada beliau sendiri. Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi pada kita, tidak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kisah yang tidak ada manisnya. Mungkin kita lupa, Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada hamba-Nya, Dia menyisipkan kasih-Nya. Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama hikmah. Padanya Ada Hikmah membantu kita bermuhasabah diri dalam mencari Redha-Nya.


Tajuk: Pengucapan Awam:Panduan & strategi
Pengarang :Khairulnizam Shuib
Penerbit :Pesonal Development Resources
ISBN : 978-967-11958-0-2
No Kelas : D 808.51 KHA
Kategori buku : Pengucapan awam
Ulasan Buku :Dalam buku Pengucapan Awam: Panduan & strategi ini, anda dapat meningkatkan kefahaman dan memahami panduan yang efektif dalam  teknik asas memulakan dan mengakhiri ucapan dengan lebih efektif iaitu :
 -  Hubungan antara pengucapan awam dan kreadibiliti individu
             -  Pengaruh komunikasi lisan dan tanpa lisan dalam menyampaikan sesuatu
        ucapan
-  Panduan menangani perasaan gemuruh
       -Kepelbagaian penggunaan alat pandang dengar dalam sesuatu ucapan
     -Melakar kandungan ucapan dengan lebih sistematik


No comments:

Post a Comment